Wednesday, July 28, 2010

Duit Raya vs Kuih Raya



Mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kenyang perut kosong.. jeng jeng jeng..




Dahulu: Masa time2 kita sekolah dulu, biskut raya kita adalah kuih bangkit, kuih siput, kuih samperit, bahulu, putu kacang,

Sekarang: almond london, chocolate cookies, cheese cake dan mcm2 lagi

Tapikan kalau kita pegi rumah org kg sekalipun (taya pertama), biasanya mmg ada almond london atau london almond ni. Dulu punyalah mahal kalau nk beli. sekarang, sape2 pun boleh beli. terbalik pulak, biskut tradisional yg jadi mahal. Cuba la order rempeyek ker, bahulu ker, kek lapis ker, lagi mahal dari biskut moden. itulah org panggil 'pada masa itu punya harga'.



Tp kalau duit raya dah jadi citer lain.
Dulu: 20 sen or 50sen (paling byk la kalau kutip kat umah org)
Sekarang: rm1 paling sikit. itupun ada yg kata, ala...seringgit jer...

Kalau bab duit, takde yg makin jadi kurang. Bertambah lagi ada. Kalau dulu, bagi rm2. sekarang rm5 atau rm10. Cuba la bagi yang kurang dari tahun sebelumnya, mesti ada yg dengar, " ala kurang la pulak tahun ni makngah kita bagi". Sama ada kita nk buat tak tahu atau perlu buat sesuatu. Budak2 sekarang sudah pandai menilai. Mana kan tidak, harga ais krim pun dah mahal. Jgn salahkan mereka, they're only children. Tak masuk lagi mak ayah, mak saudara, sepupu, dua pupu, sedara sebelah mak, sedara sebelah ayah. DUIT raya yg mereka semua tunggu. Bkn lagi KUIH raya.


Kalau ada duit raya, kuih raya, baju raya, duit balik ke kg, duit balik dari kg ...(berbeza tuh...), duit belanja masa raya, semasa berhari raya, duit daging, duit ayam....semua boleh setel...
Tapi kalau takde...perlu lakukan sesuatu. Jgn biarkan hari raya kita tahun ni, berlalu tanpa keriangan.


No comments:

Post a Comment